Kejuaraan B-17 ASEAN: Harimau Malaya Tundukkan Indonesia, Hidupkan Peluang Ke Separuh Akhir

Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara berjaya melancarkan kebangkitan luar biasa pada aksi kedua Kumpulan A, Kejuaraan B-17 ASEAN 2026. Anak didik Shukor Adan melakar kemenangan bermakna 1-0 ke atas tuan rumah, Indonesia, dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Joko Samudro, sebentar tadi.

Kemenangan ini merupakan suntikan moral yang amat diperlukan selepas pasukan negara tumpas 0-4 kepada Vietnam dalam aksi pembukaan. Keputusan ini secara tidak langsung menghidupkan kembali peluang Malaysia untuk memburu slot ke separuh akhir, memandangkan hanya juara kumpulan dan satu naib juara terbaik sahaja yang akan layak.

Perlawanan bermula sengit dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan. Malaysia hampir mendahului seawal minit ketiga menerusi Ahmad Yusuf Nasrullah, namun rembatannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia, Noah Leo Duvert.

Gawang negara turut diuji, namun ketangkasan Adam Nurfakrullah Mohd Fadli memastikan gawang Malaysia tidak dibolosi apabila beliau berjaya menepis percubaan berbahaya Pandu Aryo Wicaksono pada minit ketujuh.

Kebuntuan akhirnya terpecah pada minit ke-33. Berpunca daripada sepakan sudut yang diambil oleh Nur Azam Muslim Nor Hisham, Fareez Danial Fadzly muncul wira apabila menanduk masuk bola untuk meletakkan Malaysia di hadapan dengan kedudukan 1-0.

Memasuki babak kedua, Indonesia mempertingkatkan asakan untuk mencari gol penyamaan. Skuad kendalian Shukor Adan terpaksa bekerja keras menahan asakan agresif tuan rumah, termasuk percubaan berbahaya daripada Chico Jericho Yarangga pada minit ke-48 yang berjaya dibaca dengan baik oleh Adam Nurfakrullah.

Malaysia juga mempunyai peluang untuk menggandakan kedudukan menerusi Ahmad Yusuf dan Muhammad Aniq Thaqif, namun ketangkasan penjaga gol lawan menghalang hasrat tersebut.

Detik cemas berlaku pada minit ke-84 apabila bola lantunan daripada Sean Rahman Kastor hampir membolosi gawang negara akibat kesilapan teknikal kecil, namun nasib menyebelahi Malaysia apabila bola tersebut tersasar. Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat untuk mengesahkan tiga mata sulung buat negara.

Langkah seterusnya buat Harimau Malaya adalah aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Timor-Leste pada Ahad ini di venue yang sama. Meskipun Timor-Leste sudah tersingkir, Malaysia perlu mencatatkan kemenangan untuk menjamin kedudukan terbaik dalam kumpulan.

Sebagai rekod, Malaysia mempunyai sejarah gemilang dalam kejohanan ini dengan gelaran juara pada edisi 2013 dan 2019. Kemenangan malam ini dilihat sebagai langkah kanan untuk memadam kekecewaan edisi 2024 yang menyaksikan pasukan negara tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Articles

Field Sports

“My Face May Be Different, but My Heart Remains the Same” — Faisal Halim

Racquet

China Stunned by First Consecutive Defeats in 26 Years at World Team Table Tennis Championships

Field Sports

Malaysia Sweeps Series 4-0 Against Indonesia After Commanding Five-Wicket Victory

Field Sports

City Stumble at Goodison: Arsenal Take the Driver’s Seat in Premier League Title Race

Field Sports

Inter Milan Crowned Champions: Nerazzurri Secure 21st Scudetto with Dominant Win Over Parma

Racing Arena

MNCF Approves Proposal to Rename National Velodrome After Azizulhasni Awang

What our students say about us

Real stories from athletes and students who grow, compete, and succeed with Sportif.

“I never thought I’d enjoy training this much until joining Sportif. The coaches are supportive and really know how to bring out the best in you.”

    Marley Baird
    Marley Baird

    Student Athlete

    “Sportif opened doors to competitive events and helped me improve both mentally and physically. The community support makes a big difference.”

      Aiman Hakim
      Aiman Hakim

      National Junior Player

      “From expert guidance to well-organized events, Sportif connects athletes with the right opportunities.”

        Nur Aisyah
        Nur Aisyah

        University Athlete