KUALA LUMPUR – Skuad berbasikal trek kebangsaan kini memulakan misi getir memburu mata ranking dunia bermula di Kejohanan Nations Cup, Hong Kong hari ini, sebagai persiapan melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia.
Ketua jurulatih trek kebangsaan, Harnizam Basri, mengesahkan barisan pelumba negara yang diketuai Shah Firdaus Sahrom, Ridwan Sahrom, Nurul Izzah Izzati Asri, dan Nur Alyssa Farid akan mengharungi kalendar perlumbaan yang sangat mencabar tanpa henti sehingga Jun depan.
Selepas aksi di Hong Kong, skuad negara tidak mempunyai waktu rehat yang lama sebelum meneruskan perjuangan di:
- Track Nations Cup, Nilai: 24–26 April
- Siri Track Cup Indonesia: 28 April – 6 Mei (Kejohanan Kelas 2)
- Siri Track Cup Jepun: 14 Mei – 1 Jun (Kejohanan Kelas 1)
“Kami perlu membawa pelumba kami masuk ke dalam kelompok 30 terbaik dunia. Sebab itu kami terpaksa bersaing dalam kejohanan berturut-turut bermula hujung bulan ini,” jelas Harnizam.



“I never thought I’d enjoy training this much until joining Sportif. The coaches are supportive and really know how to bring out the best in you.”