KUALA LUMPUR – Pemain beregu utama negara, Aaron Chia dan M. Thinaah, secara rasmi diumumkan sebagai ketua pasukan bagi skuad Piala Thomas dan Uber 2026 yang akan berlangsung di Horsens, Denmark, bermula 24 April ini.
Pelantikan Aaron, 29, dilihat sebagai langkah tepat memandangkan pengalaman luas beliau di pentas antarabangsa. Bergabung tenaga bersama Soh Wooi Yik sebagai beregu nombor dua dunia, Aaron diharap dapat menyuntik semangat juang dan mengekalkan perpaduan erat dalam kem lelaki negara.
Bagi skuad Piala Uber, M. Thinaah, 28, diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai kapten buat kali pertama.
Meskipun terpaksa beraksi tanpa rakan gandingannya, Pearly Tan, Thinaah tetap dianggap sebagai ‘role model’ terbaik untuk membimbing barisan pemain muda dan muka baharu dalam pasukan wanita. Kepimpinan beliau sangat diperlukan bagi memastikan moral pasukan tetap tinggi selepas berita penarikan diri Pearly baru-baru ini.
Skuad negara kini sedang dalam persiapan akhir di Herning sebelum berpindah ke Horsens bagi menghadapi kejohanan yang dijadualkan berakhir pada 3 Mei depan. Dengan Aaron dan Thinaah di barisan hadapan, Malaysia mensasarkan persembahan yang lebih stabil dan bertenaga menentang gergasi dunia.



“I never thought I’d enjoy training this much until joining Sportif. The coaches are supportive and really know how to bring out the best in you.”