BANGKOK – Stadium Rajadamnern menjadi saksi perjuangan berhabis-habisan dua wakil Muay Thai negara, Elias dan Muhammad Mikail ‘Miki’ Ghazali di pentas berprestij RWS April Inferno malam tadi.
Dalam perlawanan pembukaan, Elias Ghazali terpaksa akur selepas tewas menerusi keputusan mata sebulat suara (Unanimous Decision) kepada jaguh Thailand, SuperXub Bangsaen Fight Club dalam kategori Lightweight.
Pertarungan yang berlangsung sengit sepanjang tiga pusingan itu menyaksikan kedua-dua petarung saling bertukar serangan, namun juri memberikan kemenangan kepada SuperXub dengan kutipan mata 28-29, 28-29, dan 27-30.
Bagaimanapun, duka kem skuad negara terubat apabila adik kepada Elias, Miki, mempamerkan aksi luar biasa dalam kategori yang sama.
Miki mencuri tumpuan peminat seni beladiri apabila berjaya menamatkan pertarungan dengan kemenangan Knockout (KO) yang cukup padu pada pusingan kedua menentang petarung wakil tuan rumah, Eakmongkol Sitthongpond.



“I never thought I’d enjoy training this much until joining Sportif. The coaches are supportive and really know how to bring out the best in you.”