Elena Rybakina Juara Di Stuttgart, Rangkul Gelaran Kedua Musim 2026

STUTTGART – Pemain tenis nombor dua dunia, Elena Rybakina, terus mempamerkan dominasi luar biasa musim ini apabila berjaya menumbangkan pemain Republik Czech, Karolina Muchova, untuk bergelar juara kejohanan gelanggang tanah liat tertutup di Stuttgart, semalam.

Bintang Kazakhstan berusia 26 tahun itu hanya memerlukan masa satu jam 18 minit untuk mencatatkan kemenangan straight sets 7-5, 6-1. Walaupun Muchova memberikan tentangan sengit pada set pertama, Rybakina ternyata terlalu ampuh di set kedua untuk mengesahkan kemenangan mutlaknya.

Kemenangan ini menandakan gelaran kedua buat Rybakina pada tahun 2026, selepas beliau menjulang trofi Grand Slam sulung tahun ini di Terbuka Australia pada Januari lalu. Ini juga merupakan kali kedua Rybakina memenangi kejohanan di Stuttgart selepas kejayaan pertamanya pada tahun 2024.

Menariknya, sebagai juara di Stuttgart, Rybakina sekali lagi membawa pulang sebuah kereta sukan Porsche sebagai sebahagian daripada hadiah kemenangan. Ketika memenangi edisi 2024, beliau tular kerana tidak dapat memandu sendiri hadiah tersebut memandangkan beliau belum memiliki lesen memandu pada ketika itu.

Dalam ucapan kemenangannya, Rybakina tidak lupa memberikan kredit kepada barisan kejurulatihannya yang menjadi tulang belakang kejayaannya.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan saya. Tanpa kalian, mustahil saya berada di sini. Terima kasih kerana sentiasa mendesak saya untuk melakukan yang lebih baik dan terus meningkat setiap hari,” ujar Rybakina.

Bagi Karolina Muchova, walaupun tewas di perlawanan akhir, perjalanannya di Stuttgart tetap membanggakan. Selepas kejayaan memenangi Terbuka Qatar pada Februari lalu, prestasi konsistennya di Stuttgart dijangka bakal melonjakkan kedudukannya hampir ke kelompok 10 terbaik dunia dalam ranking akan datang.

Articles

Field Sports

“My Face May Be Different, but My Heart Remains the Same” — Faisal Halim

Racquet

China Stunned by First Consecutive Defeats in 26 Years at World Team Table Tennis Championships

Field Sports

Malaysia Sweeps Series 4-0 Against Indonesia After Commanding Five-Wicket Victory

Field Sports

City Stumble at Goodison: Arsenal Take the Driver’s Seat in Premier League Title Race

Field Sports

Inter Milan Crowned Champions: Nerazzurri Secure 21st Scudetto with Dominant Win Over Parma

Racing Arena

MNCF Approves Proposal to Rename National Velodrome After Azizulhasni Awang

What our students say about us

Real stories from athletes and students who grow, compete, and succeed with Sportif.

“I never thought I’d enjoy training this much until joining Sportif. The coaches are supportive and really know how to bring out the best in you.”

    Marley Baird
    Marley Baird

    Student Athlete

    “Sportif opened doors to competitive events and helped me improve both mentally and physically. The community support makes a big difference.”

      Aiman Hakim
      Aiman Hakim

      National Junior Player

      “From expert guidance to well-organized events, Sportif connects athletes with the right opportunities.”

        Nur Aisyah
        Nur Aisyah

        University Athlete