CEO F1 Kritik Sikap Verstappen, Gesa Juara Empat Kali Hormati Imej Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Formula 1, Stefano Domenicali, secara terbuka menggesa Max Verstappen untuk lebih berhati-hati dalam memberikan kenyataan bagi menjaga reputasi dan masa depan sukan perlumbaan paling berprestij itu.

Teguran ini hadir selepas Verstappen menjadi antara pelumba paling lantang mengkritik peraturan baharu F1 2026. Bintang Red Bull itu sebelum ini menyifatkan perubahan teknikal tersebut sebagai “anti-perlumbaan” dan menyamakannya seperti bermain permainan video “Mario Kart” serta “Formula E atas steroid”.

Selepas Grand Prix Jepun bulan lalu, Verstappen yang jelas berang dengan hala tuju teknikal F1, memberi bayangan bahawa beliau mungkin akan meninggalkan sukan tersebut dan menamatkan kontrak lumayannya lebih awal pada penghujung tahun ini.

Domenicali menegaskan bahawa beliau memahami kekecewaan Verstappen, namun mengingatkan bahawa setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang juara mempunyai impak yang sangat besar kepada peminat dan penaja.

“Suara Max sangat penting dan perlu didengari, tetapi beliau juga perlu menghormati ‘berat’ (impak) setiap kata-katanya. Jangan sampai orang salah faham, dan itu adalah sesuatu yang kita tidak boleh biarkan berlaku,” ujar Domenicali dalam satu temubual bersama Autosport.

Kekecewaan utama Verstappen berpunca daripada penekanan melampau terhadap pengurusan tenaga di dalam kokpit. Di bawah peraturan baharu, pelumba terpaksa memandu di bawah had kemampuan sebenar jentera di selekoh tertentu semata-mata untuk mengecas semula bateri.

Walaupun FIA dan pengurusan F1 sedang berbincang untuk melakukan beberapa pengubahsuaian kecil bagi menangani isu tersebut, mereka menegaskan tiada perubahan besar akan dilakukan terhadap struktur peraturan 2026.

Domenicali turut mengambil kesempatan untuk mengingatkan para pelumba tentang peluang keemasan dan kekayaan yang telah diberikan oleh F1 kepada mereka selama ini.

“Saya katakan kepada mereka: ‘Jangan lupa, apa yang kita capai hari ini adalah hasil usaha bersama. Hormatilah sukan yang telah memberi peluang kepada kita semua untuk membesar, menjana pendapatan besar, dan membina personaliti global’.”

Domenicali menambah bahawa beliau sentiasa terbuka kepada pendapat pelumba, namun mahu mereka lebih matang dalam menyatakan rasa tidak puas hati bagi mengelakkan imej F1 terjejas di mata dunia.

Articles

Field Sports

UEFA Threatens FIFA Boycott as $20 Billion Commercial Plan Sparks Football Power Struggle

Field Sports

Kedah Complete Double Triumph at NRDP National U18 Sevens

Racing Arena

Sepang’s F1 Return Raises Bigger Question: Can Malaysia Afford a Permanent Place on the Grid Again?

Others

Immortalised in Glasgow: Commonwealth Games Honours Malaysian Legend Siti Zalina

Others

RTM Secures Official Broadcasting Rights for Glasgow 2026 Commonwealth Games

Field Sports

FIFA Opens Investigation into Argentina After World Cup Final Chaos

What our students say about us

Real stories from athletes and students who grow, compete, and succeed with Sportif.

“I never thought I’d enjoy training this much until joining Sportif. The coaches are supportive and really know how to bring out the best in you.”

    Marley Baird
    Marley Baird

    Student Athlete

    “Sportif opened doors to competitive events and helped me improve both mentally and physically. The community support makes a big difference.”

      Aiman Hakim
      Aiman Hakim

      National Junior Player

      “From expert guidance to well-organized events, Sportif connects athletes with the right opportunities.”

        Nur Aisyah
        Nur Aisyah

        University Athlete