Piala Thomas: Shi Yu Qi Nadi Kekuatan China, Rashid Sidek Ramal Dominasi Juara Bertahan

KUALA LUMPUR – Legenda badminton negara, Rashid Sidek, percaya juara bertahan, China, masih memiliki kelebihan besar dari segi kedalaman skuad dan pengalaman untuk mempertahankan kejuaraan pada kempen Piala Thomas yang akan berlangsung di Horsens, Denmark, bermula 24 April ini.

Rashid yang pernah membantu Malaysia menjulang trofi keramat itu pada 1992 berkata, kehadiran pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi, memberikan kestabilan yang diperlukan oleh juara 11 kali itu, selain disokong oleh barisan beregu mantap termasuk Liang Wei Keng-Wang Chang.

Menurut Rashid, Yu Qi kini merupakan pemain yang sangat konsisten dalam kejohanan besar dan mampu memberikan suntikan semangat kepada rakan sepasukan dengan menyumbang mata pertama.

“Jika Yu Qi menang, ia akan memudahkan tugas pasukan kerana beregu pertama akan lebih bersemangat. Dua mata awal itu akan menyukarkan mana-mana pasukan yang berhadapan dengan mereka,” ujar Rashid.

Walaupun China dilihat sebagai pilihan, Rashid tidak menolak cabaran daripada pasukan seperti Indonesia, Taiwan, dan Perancis. Malah, pertembungan awal dalam Kumpulan A antara China dan India bakal menjadi ujian sebenar buat kedua-dua pasukan.

India yang melakar kejutan muncul juara pada edisi 2022, kali ini tampil dengan barisan pemain handalan seperti Lakshya Sen serta beregu utama, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

“Tiada siapa menjangka India akan muncul juara pada 2022 dan edisi tahun ini nampak hampir sama kerana banyak pasukan berada pada tahap yang setara. Namun, saya tetap percaya Yu Qi dan rakan sepasukannya mempunyai sedikit kelebihan untuk menang,” tambahnya lagi.

Info Skuad China:

  • Perseorangan: Shi Yu Qi, Li Shi Feng, Weng Hong Yang, Lu Guang Zu.
  • Beregu: Liang Wei Keng-Wang Chang, Chen Bo Yang-Liu Yi, He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Articles

Field Sports

“My Face May Be Different, but My Heart Remains the Same” — Faisal Halim

Racquet

China Stunned by First Consecutive Defeats in 26 Years at World Team Table Tennis Championships

Field Sports

Malaysia Sweeps Series 4-0 Against Indonesia After Commanding Five-Wicket Victory

Field Sports

City Stumble at Goodison: Arsenal Take the Driver’s Seat in Premier League Title Race

Field Sports

Inter Milan Crowned Champions: Nerazzurri Secure 21st Scudetto with Dominant Win Over Parma

Racing Arena

MNCF Approves Proposal to Rename National Velodrome After Azizulhasni Awang

What our students say about us

Real stories from athletes and students who grow, compete, and succeed with Sportif.

“I never thought I’d enjoy training this much until joining Sportif. The coaches are supportive and really know how to bring out the best in you.”

    Marley Baird
    Marley Baird

    Student Athlete

    “Sportif opened doors to competitive events and helped me improve both mentally and physically. The community support makes a big difference.”

      Aiman Hakim
      Aiman Hakim

      National Junior Player

      “From expert guidance to well-organized events, Sportif connects athletes with the right opportunities.”

        Nur Aisyah
        Nur Aisyah

        University Athlete